Saturday, September 02, 2006

Semasa Penjajahan

  1. 1816
    1. Penang Free School dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1816 di sebuah rumah yang disewa di Love Lane. Penang Free School berpindah kepada bangunan kepunyaanya sendiri pada tahun 1821. Perkataan 'Free' Percuma pada nama Penang Free School merujuk kepada kebebasan untuk semua bangsa untuk masuk dan bukannya merujuk kepada pelajaran percuma.
      Pada 1924 pembinaan bangunan baru Penang Free School di tapak 30 ekar di Green Lane bermula dan siap pada tahun 9 Januari 1925.
  2. 1905
  3. Maktab Melayu Kuala Kangsar adalah merupakan sebuah institusi perintis kepada kejayaan pendidikan anak-anak Melayu sekarang. Pemerintahan Inggeris dahulu menganggap pendidikan untuk anak-anak Melayu cukup sekadar dapat menjadikan mereka sebagai petani yang baik daripada menjadi seorang pemimpin.
    Atas kesedaran pemimpin-pemimpin Melayu, terutama Sultan Idris, Sultan Perak dan atas simpati seorang pegawai British bernama R.J.Wilkinson, maka tertubuhlah Maktab Melayu Kuala Kangsar. Sekolah berasrama penuh untuk anak-anak Melayu ini diharap akan dapat memberikan pendidikan moden kepada anak-anak melayu di samping pelajaran Agama Islam dan Kebudayaan Melayu. Pelajar-pelajar inilah akan menjadi pegawai-pegawai Pentadbir Melayu dalam pentadbiran Inggeris di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dari sinilah bermulanya penceburan anak-anak Melayu dalam pelbagai bidang perkhidmatan.
    Kejayaan bekas pelajar maktab ini dalam pelbagai bidang perkhidmatan masyarakat baik dalam jurusan sosial, politik, ekonomi mahupun bidang-bidang profesional yang lain telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu yang berpendidikan tinggi mampu berkhidmat dalam apa jua bidang pun. Perayaan Jubli Intan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada hari ini, mengingatkan semula kepada usaha-usaha meningkatkan pendidikan anak-anak Melayu yang akhirnya dapat memerdekakan negara ini daripada penjajahan Inggeris.
  4. 1947
  5. 16.10.1947, Maktab Perguruan Melayu (Malay Girls College) telah dibuka di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Penubuhan maktab tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan pelajaran Inggeris peringkat menengah kepada pelajar-pelajar perempuan Melayu yang ketinggalan dari segi pelajaran terutamanya di peringkat menengah.
    Pada peringkat awal, Maktab Perguruan Melayu mempunyai hanya 40 orang pelajar yang datang dari seluruh Tanah Melayu dan dari semua peringkat sosial.
    Menurut Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent, cadangan membina Maktab Perempuan Melayu adalah untuk mengimbangi pembinaan Maktab Melayu di Kuala Kangsar yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar lelaki Melayu. Apabila Perang Dunia ke-2 tamat, cadangan membina maktab itu dimajukan bersesuaian dengan perkembangan pelajaran supaya dapat memberi faedah kepada pelajar perempuan Melayu dari seluruh pelusuk di Tanah Melayu.
    Dengan pembukaan Maktab Perempuan Melayu pada hari ini dalam tahun 1947 di Kuala Lumpur maka peluang untuk pelajar perempuan Melayu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi terbuka luas. Di samping itu kaum perempuan dapat memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara bersama-sama kaum lelaki.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home