Saturday, September 02, 2006

Selepas Kemerdekaan

  1. 1957

    1. Menteri Pelajaran

  2. 1958

    1. Menteri Pelajaran

  3. 1959


  4. 1960

    1. 8.6.1960, Maktab Pergurusan Ilmu Khas telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran, Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Pembukaan Maktab ini merupakan satu kemajuan dalam sejarah perkembangan pelajaran dan pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Ia adalah satu-satunya Maktab Perguruan yang bakal melahirkan guru-guru terlatih dari segi teknikal dalam segala bidang pelajaran.
      Dalam ucapan pembukaannya, Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa kanak-kanak berbakat di negara ini tidak diberi cukup galakan dan kesempatan untuk mereka tumpukan perhatian dan kebolehan dalam bidang yang mereka minati. Justeru, adalah lebih penting dan bermakna sekiranya kanak-kanak itu dapat melahirkan bakat mereka melalui cara yang lebih teratur daripada berusaha untuk mendapatkan sijil.
      Beliau selanjutnya menyarankan bahawa Maktab ini boleh menjadi sebuah pusat penyelidikan dan latihan bagi guru-guru daripada pelbagai aliran sekolah di Persekutuan Tanah Melayu. Di samping itu, ia juga boleh menjadi medan bagi guru-guru untuk berkongsi masalah, bertukar-tukar pendapat dan melahirkan buah fikiran yang sesuai dengan suasana pembelajaran di sekeliling mereka.
      Maktab ini akan mengadakan kursus bagi mata pelajaran praktikal seperti penulisan, pertukangan, sains rumahtangga, lukisan, pendidikan jasmani dan berbagai-bagai lagi. Ia juga bertujuan untuk membantu guru-guru kaedah mengajar yang lebih baik. Seramai 160 orang guru bagi tiap-tiap kemasukan telah diterima masuk untuk mengikuti kursus selama setahun itu. Guru-guru yang terpilih ini adalah mereka yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya dua tahun.

  5. 1961


  6. 1962


  7. 1963


  8. 1964


  9. 1965


  10. 1966


  11. 1967


  12. 1968


  13. 1969


  14. 1970


  15. 1971


  16. 1972


  17. 1973


  18. 1974


  19. 1975


  20. 1976

    1. Bahasa asing atau bahasa antarabangsa di Malaysia diperkenalkan di sekolah-sekolah berasrama penuh secara berperingkat sejak tahun 1976. Bahasa-bahasa antarabangsa yang ditawarkan di sekolah menengah terpilih di Malaysia adalah bahasa Perancis, bahasa Jepun dan bahasa Jerman. Pelaksanaan bahasa antarabangsa di sekolah menengah kebangsaan iaitu sekolah perdana dan sekolah kawalan terpilih dimulakan pada tahun 2005.
      Kepentingan bahasa-bahasa tersebut dalam bidang teknologi tinggi dan keperluan negara untuk bersaing dalam dunia global memerlukan bahasa-bahasa antarabangsa seperti bahasa Perancis, bahasa Jepun dan bahasa Jerman diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Pengetahuan bahasa antarabangsa bukan sahaja berguna dalam pelbagai bidang , malah juga dapat menyediakan negara ke arah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Guru-guru bahasa antarabangsa adalah guru-guru tempatan yang mendapat latihan dari negara-negara yang berkenaan. Pada masa ini, terdapat 34 buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran bahasa Perancis, 58 buah sekolah untuk bahasa Jepun dan 16 buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran bahasa Jerman. Pusat Perkembangan Kurikulum telah diberikan mandat untuk menjayakan program bahasa- bahasa antarabangsa dengan kerjasama agensi luar seperti Kedutaan Perancis Kuala Lumpur, Yayasan Jepun Kuala Lumpur dan Goethe Institut Inter-Nationes Kuala Lumpur.

      Sumber dari : PPK

  21. 1977


  22. 1978


  23. 1979


  24. 1980


  25. 1981


  26. 1982


  27. 1983


  28. 1984


  29. 1985


  30. 1986


  31. 1987

    1. 21 Februari 1987, SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan Sultan Idris (IPSI). Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada makatb-maktab perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Pergurusan dan Diploma Lepas Sijil.

  32. 1988


  33. 1989


  34. 1990


  35. 1991


  36. 1992


  37. 1993


  38. 1994

    1. Tahun 1994 penilian PAFA dimasukkan dalam UPSR, PMR dan SPM - Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1994.

  39. 1995


  40. 1996


  41. 1997

    1. Kementerian Pendidikan harus menyusun semula penggunaan sempoa dan mental aritmetik di sekolah rendah berikutan beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya
    2. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Matnor Daim,
    3. Kerajaan untuk menaikkan tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997

  42. 1998


  43. 1999

    1. Menteri Pendidikan, Dato' Seri Najib Tun Razak
    2. Ketua Pengarah Pendidikan
    3. Kabinet bersetuju agar semua pelajar miskin yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi sesi akademik 1999/2000 diberi bantuan pendahuluan sebanyak RM1,000 hingga RM1,500 untuk menyediakan barang keperluan.
      Bantuan itu disalurkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan diberi kepada mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.
      Najib berkata, bantuan itu juga boleh dipohon oleh lebih 33,000 pelajar IPTA lulusan Diploma, Matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
    4. mensyaratkan pengetua dan guru besar mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dan Diploma Lanjutan
    5. pelarasan kenaikan tangga gaji membabitkan kira-kira 142,000 guru bukan siswazah Gred DG6 ke Gred DGA6 . Skim baru itu menetapkan gaji permulaan Gred DGA6 ialah RM917 dan maksimum RM1,930, berbanding skim permulaan DG6 sekarang RM552 dan maksimum RM1,835.

Pendidikan Era Milinium

  1. 2000
  2. 2001
  3. 2002
  4. 2003
  5. 2004
  6. 2005
  7. 2006
    1. Menteri Pelajaran
      Datuk Hishamudin b. Tun Hussain

      1. Menamatkan KPLI serta merta ( 1 Sept 2006) - Lantaran lebihan guru



    2. Pengarah Datuk Ahmad Sifon
  8. 2007

Semasa Penjajahan

  1. 1816
    1. Penang Free School dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1816 di sebuah rumah yang disewa di Love Lane. Penang Free School berpindah kepada bangunan kepunyaanya sendiri pada tahun 1821. Perkataan 'Free' Percuma pada nama Penang Free School merujuk kepada kebebasan untuk semua bangsa untuk masuk dan bukannya merujuk kepada pelajaran percuma.
      Pada 1924 pembinaan bangunan baru Penang Free School di tapak 30 ekar di Green Lane bermula dan siap pada tahun 9 Januari 1925.
  2. 1905
  3. Maktab Melayu Kuala Kangsar adalah merupakan sebuah institusi perintis kepada kejayaan pendidikan anak-anak Melayu sekarang. Pemerintahan Inggeris dahulu menganggap pendidikan untuk anak-anak Melayu cukup sekadar dapat menjadikan mereka sebagai petani yang baik daripada menjadi seorang pemimpin.
    Atas kesedaran pemimpin-pemimpin Melayu, terutama Sultan Idris, Sultan Perak dan atas simpati seorang pegawai British bernama R.J.Wilkinson, maka tertubuhlah Maktab Melayu Kuala Kangsar. Sekolah berasrama penuh untuk anak-anak Melayu ini diharap akan dapat memberikan pendidikan moden kepada anak-anak melayu di samping pelajaran Agama Islam dan Kebudayaan Melayu. Pelajar-pelajar inilah akan menjadi pegawai-pegawai Pentadbir Melayu dalam pentadbiran Inggeris di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dari sinilah bermulanya penceburan anak-anak Melayu dalam pelbagai bidang perkhidmatan.
    Kejayaan bekas pelajar maktab ini dalam pelbagai bidang perkhidmatan masyarakat baik dalam jurusan sosial, politik, ekonomi mahupun bidang-bidang profesional yang lain telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu yang berpendidikan tinggi mampu berkhidmat dalam apa jua bidang pun. Perayaan Jubli Intan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada hari ini, mengingatkan semula kepada usaha-usaha meningkatkan pendidikan anak-anak Melayu yang akhirnya dapat memerdekakan negara ini daripada penjajahan Inggeris.
  4. 1947
  5. 16.10.1947, Maktab Perguruan Melayu (Malay Girls College) telah dibuka di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Penubuhan maktab tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan pelajaran Inggeris peringkat menengah kepada pelajar-pelajar perempuan Melayu yang ketinggalan dari segi pelajaran terutamanya di peringkat menengah.
    Pada peringkat awal, Maktab Perguruan Melayu mempunyai hanya 40 orang pelajar yang datang dari seluruh Tanah Melayu dan dari semua peringkat sosial.
    Menurut Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent, cadangan membina Maktab Perempuan Melayu adalah untuk mengimbangi pembinaan Maktab Melayu di Kuala Kangsar yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar lelaki Melayu. Apabila Perang Dunia ke-2 tamat, cadangan membina maktab itu dimajukan bersesuaian dengan perkembangan pelajaran supaya dapat memberi faedah kepada pelajar perempuan Melayu dari seluruh pelusuk di Tanah Melayu.
    Dengan pembukaan Maktab Perempuan Melayu pada hari ini dalam tahun 1947 di Kuala Lumpur maka peluang untuk pelajar perempuan Melayu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi terbuka luas. Di samping itu kaum perempuan dapat memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara bersama-sama kaum lelaki.

Sebelum Merdeka

  1. 1957

  2. 07.03.1957

    Pada hari ini dalam tahun 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak 1. Penyata ini adalah bertuiuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang diam di negara ini 2.
    Rang Undang-undang ini diharap akan dapat menghapuskan semua sekatan yang menghalang perpaduan kaum di negara ini dan akan melahirkan satu bangsa yang baru dan bersatu. la juga akan membuka kesempatan yang lebih luas kepada anak-anak untuk mengasah dan melahirkan perpaduan antara kaum yang tulin di negara ini.
    Dalam membentangkan Rang Undang-undang Pelajaran ini beberapa cadangan telah dikemukakan. Di antara cadangan-cadangan tersebut termasuklah:
    (i) Membina 5 buah sekolah Teknik yang akan bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan; di Temerloh, Pahang; di Melaka; di Telok Air Tawar, Butterworth; di Rembau, Negeri Sembilan.
    (ii) Membina 2 buah sekolah pertukangan di Selangor, sebuah di Teluk Datuk dan sebuah lagi di Tanjung Karang.
    (iii) Membina 2 buah Institut Rendah Teknik (Junior Technical Institute) satu di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang.
    (iv) Sistem melatih guru-guru juga akan disusun semula di bawah Rang Undang-undang ini bagi melahirkan guru-guru yang lebih berdedikasi.
    Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan hari ini dalam tahun 1957 setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 19563. Laperan jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956

Sebelum Penjajahan